Angkasawan Malaysia

Monday, October 09, 2006

Angkasawan malaysia mula latihan di Star City

MOSCOW 8 Okt. – Calon angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed dijadual memulakan latihan intensif sebagai angkasawan di Pusat Latihan Angkasawan, Star City, di sini, esok.
Timbalan Ketua Pusat tersebut, Kolonel Sergey Tafrov memberitahu, pada sebelah pagi, mereka akan diberi taklimat mengenai modul latihan serta dibawa melawat sekitar Star City.
Selepas sesi itu, jelasnya, mereka akan memulakan kelas bahasa Rusia diikuti latihan fizikal pada sebelah petang.
‘‘Pada sebelah pagi, mereka akan diberi penerangan mengenai program sepanjang berada di sini, diikuti lawatan ke tempat-tempat latihan yang terdapat di Star City.
‘‘Mereka kemudiannya akan belajar bahasa Rusia mulai 11 pagi hingga 3.30 petang dan latihan fizikal kira-kira sejam bermula pukul 4 petang,’’ katanya di sini.
Sheikh Muszaphar dan Faiz tiba di sini pada 27 September lalu bagi menjalani latihan selama setahun sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan pada 2 September tahun depan.
Menurut Tafrov, hari kedua pula mereka akan mengikuti kelas teori mengenai kapal angkasa Soyuz-TMA dan kelas bahasa Rusia pada sebelah petang.

1 Comments:

Blogger LiterataRoja said...

http://literataroja.blogspot.com

10:13 AM  

Post a Comment

<< Home