Angkasawan Malaysia

Monday, October 09, 2006

Angkasawan berlepas ke russia

26 Sept. – Dua calon angkasawan, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed berlepas ke Rusia malam ini untuk mencipta sejarah sebagai angkasawan pertama negara.
Kedua-duanya akan menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia sebagai persediaan untuk ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan 2 September tahun depan.
Sheikh Muszaphar, 34, yang merupakan pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akan memikul tanggungjawab sebagai angkasawan manakala Faiz, 26, yang bertugas sebagai doktor gigi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan sebagai simpanan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home