Puak nomad Kazakh selamatkan angkasawan Seoul
SEOUL 30 April - Angkasawan pertama Korea Selatan hari ini mendedahkan, dia dan anggota krew yang lain diselamatkan oleh puak nomad yang terkejut setelah kapsul mereka mendarat jauh dari sasaran sehingga ke kawasan padang rumput di pedalaman Asia Tengah awal bulan ini.
Yi So-yeon, 29, memberitahu SBS TV yang dia terfikir tentang kematian semasa kapsul memasuki atmosfera bumi secara balistik iaitu lebih curam daripada biasa sehingga menyebabkan tarikan graviti yang tinggi dan satu objek di dalam kapsul jatuh menimpanya.
"Puak nomad itu terkejut apabila Yuri Malenchenko (jurutera penerbangan Rusia) keluar dari kapsul.
"Mereka sememangnya terkejut kerana melihat bebola api jatuh dari angkasa dan kemudian satu makhluk putih pula keluar daripada kapsul itu," kata jurutera nanoteknologi Korea Selatan ini.
Kapsul Soyuz-TMA itu tersasar 480 kilometer dari tapak pendaratan yang dirancangkan dan mendarat di kawasan rumput Kazakh.
So-yeon menjelaskan, puak nomad itu membantu krew keluar dari kapsul tetapi sebelum itu mencuit mereka untuk memastikan mereka masih hidup.
"Ia seperti mereka melihat monyet di dalam sangkar. Makin ramai yang datang menyaksikan apa yang berlaku sehingga lebih 50 orang mengelilingi kami," ujar So-yeon lagi.
Selepas membawa krew ke tempat teduh, beberapa anggota puak turut memasuki kapsul itu dan membawa keluar telefon satelit tetapi pesawat penyelamat tiba terlebih dulu ketika ia sedang dipasang.
Menurut Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea, So-yeon dimasukkan ke hospital semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut selepas mengadu sakit
- Reuters
Labels: luar negara
0 Comments:
Post a Comment
<< Home