Angkasawan Malaysia

Wednesday, June 25, 2008

Downstream Satcom in Malaysia

I was in the Workshop for Downstream Spcae Application organised by Sirim and NSA .
Satcom industri adalah industri angkasa yang paling perlahan perkembangannya didunia ini kerana asas industri ini tidak banyak berubah sejak lebih 15 tahun lepas . Dan penggunaaannya semakin menurun dari hari ke hari kerana perkembangan yang drastik dalam penggunaan teknologi terestrial yang lebih cepat berubah dan semakin murah seperti fiber optik dan microwave . Pertambahan kabel Submarine merentasi laut yang semakin banyak , murah dan berkapasiti tinggi menyebabkan banyak Stesen Bumi milik TM , Digi , Celcom dan Maxis kini terbiar ibarat besi buruk . Kalau diluar negara pula beberapa syarikat yang berhajat untuk menjadi hero dalam bidang mobile satellite telah jatuh bankrup beberapa tahun dahulu seperti Globalstar dan Iridium .

Ok berbalik kepada Malaysia . Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang satelit ini semestinya lah MEASAT . Hanya Measat yang sekarang ini bertindak sebagai satu2nya syarikat Malaysia yang menjadi operator satelit . Syarikat syarikat lain hanyalah sebagai services provider seperti TM , Maxis , Scopetel , Smart , Celcom , Digi dan Baycom .

Sekarang ini Measat mempunyai 2 buah satelit di dalam footprint malaysia dan kawasan sewaktu dengannya . Perkhidmatan yang ditawarkan adalah dalam dalam jalur C dan Ku. Walaubagaimanapun jalur Ku sudah habis disewa kepada operator tv Astro (Malaysia) dan Reliance (India) .

Services Provider

Dari segi perkhidmatan yang ditawarkan oleh service provider ini adalah seperti berikut :

1. TM : Hughes Network (Ku + C Band)
2. Scopetel : Viasat (C-band)
3. Smart : Viasat DVB-RCS (C-band) dan Surf Beam (Ku Band)
4. Maxis : Hughes
5. Digi : Gilat
6. Celcom : Viasat DVB-RCS
6. Baycom (co located at Measat)

Dengan banyaknya VSAT services provider di Malaysia sekarang ini ianya amat memberi kelebihan kepada user yang sepatutnya akan mendapat service yang lebih baik dan pada harga yang murah . Tapi keburukan dari ramainya service provider ini ianya boleh memberi keburukan kepada user juga dari jenis after sales services kerana banyak operator tidak dapat jumlah bilangan customer yang mencukupi untuk mereka survive dari industri ini . Dan pada akhirnya perkhidmatan yang diberikan semakin buruk disebabkan kekurangan income . Banyak syarikat yang saya lihat seperti nampak gah pada nama dan mempunyai bilangan pelanggan yang ramai atau bilangan terminal VSAT yang banyak tapi sebenarnya mempunyai masalah kewangan yang kronik sehingga ada yang tidak mampu untuk membayar leased tranponder pada waktu yang ditetapkan . Maka saya mencadangkan kepada syarikat VSAT ini untuk bergabung bagi membentuk entiti syarikat VSAT yang utama di Asia . Smart Digital yang telah mempunyai reputasi sebagi penyedia perkhidmatan schoolnet mungkin boleh bergabung dengan Scopetel yang mempunyai reputasi sebagai penyedia perkhidmatan di pelantar minyak. Saya dapat rasakan bahawa syarikat VSAT yang diuruskan dengan baik di Malaysia ini adalah Scopetel Gabungan kepakaran dan sumber akan menjadikan syarikat ini boleh melangkah keluar dari Malaysia . TM juga mungkin boleh spin-off-kan divisi VSAT nya untuk digabungkan dengan apabila ratio penggunaan bandwidth bertambah baik dan kos operasi makin berkurangan maka VSAT operator akan bertambah efficient , bertambah user dan akhirnya boleh bertambah keuntungan .

Secara logiknya jika syarikat-syarikat ini berdiri sendiri ianya memang tidak langsung memberi keuntungan kepada akaun syarikat seperti Maxis , Digi , Celcom dan TM ... Contoh yang terbaik adalah operator2 fiberoptik seperti syarikat Fiberail dan Fibercom serta Celcom Timur yang sekrang boleh beroperasi dengan lebih baik . Syarikat2 ini terus boleh maju dengan pelanggannya adalah terdiri dari operator telomunikasi terkenal dimalaysia .

Technology Ground Equipment

Di Malaysia hampir keseluruhan pasaran ground equipment dikuasai oleh syarikat2 satcom yang berpengkalan di Amerika , Singapura dan sebilangan kecil pasaran dipegang oleh syarikat dari Taiwan , Korea Jepun , Israel dan China . Dengan hampir 99% teknologi satelit dibekalkan oleh syarikat luar maka secara teorinya tidak ada syarikat malaysia yang terlibat secara langsung dalam bidang pembuatan satcom ground equipment ini . Seperti yang telah saya terangkan awal tadi teknologi ground equipment sejak 15 tahun dahulu hampir tiada perubahan yang ketara dalam teknologi asasnya . Sejak 15 tahun dahulu TWT , Up dan Down convertor , LNA dan modem masih lagi digunakan sekarang ini untuk memancarkan dan menerima isyarat dari satelit . Kalau dulu banyak TWT gibunakan mungkin sekarang ini SSPA menjadi pilihan . Kalau dulu LNA sekrang ini LNB sahaja tapi dari segi teknologi asas tetap sama . Kalau adapun perubahan yang agak ketara adalah dari segi teknologi modulator dan access method yang biasa terdapat didalam satelit modem , modulator , demodulator dan encoder or decoder.


Malaysia perlu mempunyai kepakaran sendiri dalam pembuatan peralatan ground equipment . Untuk permulaan saya cadangkan supaya Malaysia dapat mengeluarkan peralatan seperti tranceivier dan buc dan lna yang mempunyai permintaan yang tinggi dipasaran dunia . Malaysia sudah mempunyai kepadakaran untuk membuat sebernarnya . Bagi tranciever dan buc serta lna ... antara perkara yang [erlu direka bentuk adalah cover dia ... saya rasa SIRIM yang bertempat di Kuala Kubu boleh merekaciptanya ... kalau parts proton dia boleh reka tak kan cover . Sementera itu software untuk tranciever saya rasa UTMKL dan UniKL boleh tolong . sementra itu design untuk prototype keselurhan sistem tranceiver beberpa lecturer di UTM boleh tolong .... filter design dan amplifier design semua kita ada kepakran ..... design je .... buat calcluation sikit berapa transmit power nak ... berapa acceptable noise level dan berapa tinggi temperature .... itu semua ramai lecturer yang ada PHD kat universiti kerajaan dan swasta .... gabungkan mereak semua .. insyaalalh boleh siapkan sebiji transceiver atau buc atau lna ..... saya cakap tadi design sahaja .... bila design dah siap .... carilah pembekal2 microwave/milimeter wave yang berlambak kat korea , china, taiwan , dan amerika .... sesuaikan dengan design dan insyaallah boleh hasilkan traceiver , buc dan lna made in malaysia ..... boleh jual kan tm , celcom , maxis , digi , scopetel , oic cuntry dan lain2 lain ....... itulah cara yang dibuat pada peringkat awal oleh Singapore ...... mereka sekrang mempunyai duabuah syarikat yang aktif dalam pembuatn peralatan griound equipment ini seperti Agilis yang asalnya adalah dari Charted Microwave (syarikat rf/microwave pertama singapore) kemudian dari agilis wujud pulak Amplus apabila ramai founder agilis bertindak keluar dan membuka syarikat baru .... sekrang ini peralatan Agilis dan Amplus sudah berjaya memasukipasaran di Malaysia , SEA , China dan Arab contry ...... dan salah satu syarikat VSAT paling efficient di dunia alah dipunyai 100% oleh Singapura iaitu iDirect yang perpengkalan Amerika .....