Angkasawan Malaysia

Thursday, May 15, 2008

Program Angkasawan - What Next Step ?

Tidak dinafikan program penghantaran angkasawan banyak manfaat kepada negara, walaupun ada segelintir pihak yang masih bersikap sinis dan memandang rendah program ini. Impak program ini begitu besar, ramai kanak-kanak dan pelajar ingin menjadi angkasawan, ini seterusnya menambah minat mereka terhadap sains dan matematik. Kini kesedaran orang ramai tentang angkasawan dan bidang sains dan matematik semakin meningkat.
Walaupun mahu melihat Malaysia mampu melahirkan lebih ramai angkasawan, tetapi sejak dari dulu lagi saya menentang keras usaha kerajaan secara tergesa-gesa dengan program angkasawan kedua negara.

Saya masih berpendapat kerajaan perlu memberi fokus kepada peringkat akar umbi dan program pembangunan penyelidikan kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara teknologi dalam program angkasa.
Masih ramai lagi pelajar tidak tahu mengenai perkara-perkara asas mengenai angkasa seperti bintang dan planet.

Saya tahu kerajaan akan menghantar RazakSat ke angkasa tahniah kepada jurutera-jurutera Malaysia yang bertungkus lumus menyiapkan satelite tersebut ..... opsss betui ke ni .... atau jurutera-jurutera tersebut bertungkus lumus siang dan malam melihat jurutera-jurutera korea yang bertungkus lumus menyiapkan satelit tersebut .

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

program ini bermanfaat kepada negara. marilah kita memberi sokongan tidak berbelah bagi.

4:16 PM  

Post a Comment

<< Home