Angkasawan dan Mailbox
Sekarang ni setiap hari mailbox gua akan menerima macam-macam rencana yang membuatkan gua semakin benci untuk membaca. Kesemuanya berkisar tentang angka sawan dan pembazirannya. Tidak patut kerajaan membazir, eksperimen bodoh, angka sawan jambu, flight participant, mati ganti nyawa dan macam-macam lagi. Gua jadi semakin malas, apabila yang menulis pun dah naik pening mengeja dengan tepat, nama angka sawan, bapa angka sawan, adik angka sawan dan kaum kerabatnya yang sekalian. Kadangkala gua pun dah sewel memikirkan siapa yang jadik angka sawan.Sebenarnya gua ingat membuat sedikit pembetulan di sini. Angka sawan itu usahlah dipersalahkan lagi. Dia tidak bersalah. Apa kaitannya dia dengan pembaziran atau pun sebarang eksperimen bodoh itu semua? Dia hanya merebut peluang dari kalangan 24 juta rakyat Malaysia, untuk menjadi angka sawan, termasuk gua sendiri. Gua pun mendaftar untuk program itu dahulu dan gua juga dipanggil, sebab gua memang layak, cuma gigi gua bertampal. Mana angka sawan itu tahu, pada hari dia mendaftar dulu, termasuk gua sendiri, yang program itu menelan belanja RM95 juta, atau kami (sekiranya gua terpilih hari tu) terpaksa membuat beberapa eksperimen yang sangat mudah di angkasa. Kami (sekiranya gua terpilih hari tu) hanya mahu ke angkasa lepas. Mahu menjadi angka sawan, melihat dari angkasa sama ada bumi itu bulat atau pun tidak, memakai kostum aneh, terapung di kawasan tiada gravity dan sebagainya. Mana kami (sekiranya gua terpilih hari tu) tahu yang Afghanistan dan Vietnam juga sudah mempunyai angka sawan mereka sendiri, atau bila pulang ke bumi salah seorang ahli keluarga kami akan meninggal dunia.Jangan jadi sawan, kalau anda tidak boleh menjadi angka sawan sekali pun. Memang projek itu membazir. Ia boleh membina rumah murah, sekolah, makmal sains dan macam-macam lagi yang boleh memberi lebih banyak manfaat. Gua tahu itu semua. Tapi gua (sekiranya gua terpilih hari tu) hanya mahu ke angkasa lepas. Kalau lu mahu tunggu BolehLand mempunyai kapal angkasa sendiri ia mungkin memakan masa puluhan atau ratusan tahun lagi. Bila peluang dibuka, ia seolah-olah satu pertandingan. Bayangkan, daripada jutaan rakyat Malaysia yang memohon (andaian tanpa melibatkan Malek Noor, Jeffrey Ong atau pun Raja Nazrin Shah), dia terpilih menjadi angka sawan. Mestilah dia bangga. Mestilah dia tersenyum. Bukan senang beb! Lagi pun semasa pendaftaran tidak pula disebut yang kami (sekiranya gua terpilih hari tu) terpaksa membuat aksi-aksi aneh di angkasa. Cuma yang kami (sekiranya gua terpilih hari tu) tahu gelaran Dato’ sudah pasti dalam tangan diikuti pula dengan kontrak membekalkan perkhidmatan limosin di airport (kalau lu pandai berenang lah). Itu aje.Jadi, kalau lu mahu menulis tentang angka sawan, tolong kritik program itu, jangan kiritik angka sawan itu sendiri. Tolong kritik duit yang dilaburkan, jangan kritik eksperimen yang dibuat. Eksperimen itu datang kemudian. Percayalah cakap gua, mereka hanya memikirkan eksperimen itu kemudian, selepas wujudnya program, atau lebih tepat lagi selepas angka sawan disenarai pendek untuk ke angkasa. Jangan kritik angka sawan itu jambu, dia tidak buat-buat jambu, kritik aje kostumnya, kalau boleh. Jangan kritik nama ahli keluarganya yang unik, itu tidak salah pun, kritik aje ejaan angkasa1 yang menggabungkan bahasa Melayu dan Inggeris. Jangan sebut adik dia mati sebab ganti nyawa, bahalol itu semua bukan kerja manusia. Lagi satu, jangan forward pada gua e mail hasil tulisan makhluk di Tranungkite, MalaysiaToday atau yang sekapal dengannya, diorang hanya pandai kritik, tapi kurang buat. Punktlich!
babazahra