Enam maut, tiga cedera letupan pusat angkasa lepas
MADRAS, India 23 Feb. - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu letupan di pusat angkasa lepas di India hari ini, kata polis.
Jurucakap pusat itu, K. Ravindran berkata, letupan itu bermula di kilang bahan dorongan yang terletak di Pusat Angkasa Lepas Dhawan berkenaan di Pulau Sriharikota.
``Seramai enam orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera dalam kebakaran,'' kata seorang pegawai polis daerah Nellore.
Punca letupan itu masih lagi disiasat.
Pusat angkasa lepas tersebut menghasilkan bahan dorongan yang digunakan untuk membina satelit dan menjalankan ujian-ujian ke atas roket. - AP